ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Monday 7 December 2015

Program percuma anjuran JPK


800,000 tenaga kerja diperlukan 2015

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menjangkakan sekurang-kurangnya 800,000 tenaga kerja mahir dan separa mahir diperlukan menjelang 2015 termasuk bidang hospitaliti. Jumlah itu disebabkan kesan pembangunan pesat di negeri ini khususnya di kawasan Iskandar Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Dan Sumber Manusia negeri, R Vidyananthan berkata, kerjaya tidak semestinya meningkat melalui kelayakan akademik sahaja, tetapi bidang kemahiran turut membantu dalam mendapatkan pekerjaan lebih baik. 

Menurutnya, bidang kemahiran buat masa ini mempunyai potensi tersendiri termasuk memberi peluang dalam memiliki kerjaya pilihan sekaligus mengubah stigma masyarakat yang hanya mensasarkan jawatan berdasarkan kelayakan akademik semata-mata. “Berdasarkan trend itu, saya ingin menyeru ibu bapa dan warga pendidik supaya dapat memberi galakan kepada anak dan pelajar masing-masing untuk membangunkan bidang kemahiran diceburi sebagai matlamat pembentukan kerjaya.

 “Saya juga menggesa supaya pelabur dan pemaju yang terlibat dalam pembangunan di negeri ini memberi keutamaan kepada anak Johor yang mempunyai kelayakan serta berkemahiran diambil berkhidmat di syarikat masing- masing,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena Majlis Pembukaan Pandan Place di Institut Hospitality & Tourism (IHT), di sini, kelmarin. 

Vidyananthan berkata, kerajaan negeri mahu limpahan pembangunan dapat dinikmati secara langsung oleh anak Johor melalui peluang pekerjaan yang boleh diperoleh dari masa ke semasa di negeri ini. “Saya amat berharap semua pelajar dapat memperkasakan pengetahuan dan kemahiran secara serius, konsisten dan berdisiplin untuk merebut peluang kesan pembangunan pesat di negeri ini. “Sudah tiba masanya kita membuka minda dan melihat laluan kerjaya dalam bidang kemahiran mampu meraih pendapatan tinggi sebagaimana negara maju lain seperti Jepun, Korea dan Jerman. Mereka amat menitikberatkan bidang kemahiran selain menjadi pilihan utama menentukan kerjaya,” katanya.

                                                         petikan dari sinar harian

Siapa Cakap Bidang Kemahiran Tidak Boleh Berjaya

Petikan dari Bernama

Friday 4 December 2015

Ubah persepsi tehadap bidang kemahiran

petikan dari utusan

BERITA BAIK

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ((PTPK) bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) boleh lah membuat pendaftaran di mana-mana pusat bertauliah termasuklah MPS Academy. Untuk pengetahuan umum,tarikh penggunaan kuota bagi separuh tahun kedua akan dilanjutkan sehingga 15 Disember 2015. Jadi kepada sesiapa yang nak buat pinjaman tapi masih tak lepas, atau baru nak buat pinjaman tu...rebutlah lah peluang ini ya..

surat yang dukeluarkan oleh pihak PTPK

Wednesday 2 December 2015

Adakah Anda Seorang Pekerja Mahir Yang Diiktiraf ?

Jika anda memiliki 
  • Pengalaman Kerja
  • Pengalaman Hidup
  • Latihan Vokasional
anda adalah seorang pekerja mahir. Tapi bagaimanakah untuk mengiktiraf pengalaman-pengalaman tersebut?  Ok jom kita belajar sikit. Check it out guys !

Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Persijilan melalui PPT adalah merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon untuk mendapat pengiktirafan bagi keterampilan berdasarkan pencapaian terdahulu.

Objektif

Mengiktiraf keterampilan yang sedia ada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia - SKM Tahap 1, 2, & 3, Tahap 4 - (Diploma Kemahiran Malaysia), Tahap 5 - (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).

Kaedah
  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan ujian khas.
  • Calon hanya perlu memberi bukti keterampilan dalam bentuk dokumen untuk dinilai seperti surat daripada majikan atau sebarang bukti yang lain.
Kelebihan SKM

Kepada Individu:
  1. Dapat pengiktirafan
  2. SKM diperolehi dalam masa yang singkat
  3. Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
  4. Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  5. Tidak perlu melalui latihan dan ujian
  6. Pembelajaran sepanjang hayat
Kepada Majikan:
  1. Pekerja bermotivasi tinggi yang dapat meningkatkan produktiviti kerja
  2. Pekerja berketerampilan yang dapat meningkatkan kualiti
  3. Pekerja yang terlatih dan berkelayakan yang dapat mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia
Siapakah yang Dimaksudkan Calon SKM-PPT ?

Sesiapa sahaja yang mempunyai salah satu keterampilan kemahiran berikut :

a) Pengalaman Kerja



b) Pengalaman Hidup
c) Latihan Vokasional

Cara mendaftar SKM-PPT

VTO (Vocational Training Operation) / Operasi Latihan Vokasional (I-031-3:2014)* KOD TERBARU

Latar Belakang Kursus

Kursus ini dikuatkuasakan oleh pihak JPK pada bulan Februari tahun 2005 dan diwajibkan kepada semua Pegawai Penilai sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia dengan tujuan untuk memastikan Pegawai Penilai kompeten dalam proses penyampaian (methodology) latihan vokasional. Sebelum kod program baru ini, kod & nama lama adalah I-031-3 (Pegawai Latihan Vokasional)

Objektif Kursus
  • Melahirkan pengajar yang kompeten dan diiktiraf sebagai Operasi Latihan Vokasional (VTO I-031-3) bagi memenuhi keperluan Akta 652 (NASDA).
  • Menggalakkan pengajar mengikuti Pembelajaran Sepanjang Hayat.
  • Melahirkan pengajar yang dapat menyediakan latihan yang bersistematik
  • Melahirkan pengajar yang berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
  • Melahirkan pengajar yang dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan di dalam pendidikan kemahiran dan industri semasa.
Peluang Kerjaya
  • Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
  • Berpeluang menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
  • Berpeluang membuka/ membangunkan Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil Operasi Latihan vokasional menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.
Kelayakan Untuk Mendaftar
  • Memiliki persijilan SKM Tahap 2 dalam semua bidang yang diiktiraf oleh JPK
  • Mendaftar sebagai calon PPT bagi bidang yang diiktiraf oleh JPK
  • Umur sekurang-kurangnya 18 tahun
  • Memiliki lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah JPK dengan 2 tahun pengalaman
Kursus Separuh Masa
  • Setiap Sabtu & Ahad
  • Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • 3 bulan di Pusat Bertauliah MPS Academy Sdn Bhd @ In-House
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan calon
Modul Pembelajaran
  • COCU 1: TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
  • COCU 2: COMPETENCY CURRICULUM DEVELOPMENT 
  • COCU 3: COMPETENCY ASSESSMENT DEVELOPMENT 
  • COCU 4: TEACHING & LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT
  • COCU 5: CO-CURICULUM ACTIVITIES IMPLEMENTATION
  • COCU 6: TRAINING FACILITIES SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION
  • COCU 7: INSTRUCTIONAL DELIVERY

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di 016-7226693 ataupun email ke mps6693@gmail.com 


Friday 27 November 2015

potong rambut sendiri

Bosan dengan pattern rambut sekarang?? Malas nak pergi ke salon??jangan risau,Jom tonton video ni

Tuesday 24 November 2015

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Siapa cakap orang yang ada Sijil Kemahiran Malaysia ni membazir. Tidak sama sekali. Janganlah pernah terpikir atau terdetik macam tu.Nak tau kenapa??? Sebab sijil SKM ni sangat membantu anda mencari pekerjaan dan juga sangat sangat membantu mereka yang akan atau sedang menjalankan perniagaan. Kalau tak percaya pergi tanya sendiri dekat salon,pusat andaman,bakeri dan lain-lain lagi. Bagi sesiapa yang ragu-ragu dan menginginkan maklumat lebih lanjut boleh lah klik disini.


MPS academy ada menyediakan pelbagai jurusan untuk anda.Jangan lepaskan peluang.

Hala tuju pelajar yang mengambil sijil kemahiran


Wanita dan Makeup

Semua orang suka akan kecantikkan. Tak kira lah kecantikan itu pada barang,pemandangan atau pun wajah. Bila kita sebut KECANTIKKAN jer mesti kita akan terbayang WANITA & MAKEUP. Disini saya tinggalkan satu video untuk tatapan bersama.Enjoy!!!sesiapa yang berminat dengan kursus kecantikkan,spa,hairdressing dan yang sewaktu dengannya boleh lah berhubung dengan kami disini.


Monday 23 November 2015

Tiada jalan shortcut untuk berjaya

Orang tua-tua selalu cakap, 'belajar pandai-pandai nanti dapat masuk universiti, senang dapat kerja,hidup senang dapat tolong mak ayah'. Betullah apa yang mereka cakap tu. Tapi malangnya tak semua dari kita ni yang di kurniaan kepandaian. Jadi kepada sesiapa yang dapat kurniaan itu,hargailah ia kerana ramai lagi yang menginginkannya. Kadang-kadang tu kita dah cuba berusaha sehabis baik,namun hasilnya masih tetap begitu. jangan pernah give up!!!!sebab tuhan tidak bagi apa yang kita mahu,tapi dia bagi apa yang kita perlu.

 Alternatif lain bagi mereka yang mempunyai masalah ini adalah dengan menceburi bidang kemahiran. Melalui kemahiran,kita bukan sahaja mudah mendapat pekerjaan namun boleh  juga memulakan perniagaan sendiri menggunakan bidang kemahiran yang diambil. Kebanyakan syarikat masa kini mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Jadi ini akan menjadi bonus kepada sesiapa yang mempunyai sijil kemahiran kerana sistem pembelajaran itu sendiri yang memberi 60% pratikal dan hanya 40% teori. MPS academy akan membantu anda untuk memantapkan lagi kemahiran dan seterusnya mendapatkan sijil kemahiran yang berkaitan.