ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Thursday 6 October 2016

Wednesday 24 August 2016

SPM Tak Seberapa Tapi Bergaji RM24,000


Pelajar-pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran ‘tidak sempat’ bergelar penganggur apabila mereka kebiasaannya mendapat kerja sebelum majlis konvokesyen.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Pang Chau Leong berkata, mengikut statistik, 85 peratus pelajar lulusan institusi-institusi kemahiran sama ada swasta mahupun kerajaan akan ditawarkan kerja sebaik mereka habis belajar.
Pekerja kimpalan atas kapal yang dilahirkan politeknik dan vokasional menjanjikan pendapatan bulanan lumayan.
“Pelajar lepasan institut kemahiran terbukti sangat laku di pasaran. Selalu yang bermasalah graduan lepasan universiti kerap mengadu tiada kerja,” kata beliau ketika ditemui wartawan di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau turut berasa terkejut apabila dimaklumkan gaji ramai pelajar institut-institut kemahiran yang suatu ketika dahulu pernah dianggap ‘gagal SPM’ itu dibayar gaji besar sebaik diterima kerja.
Gagal atau keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak seberapa? Jangan risau atau panik.
Pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik itu masih mempunyai peluang untuk mengatur kerjaya yang bakal memberi gaji lumayan.
Mereka boleh memilih melanjutkan pengajian ke institut-institut pendidikan teknikal atau latihan vokasional (TEVT) sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta.
Berita baiknya, pendidikan teknikal dan vokasional seperti kolej komuniti atau politeknik sudah terbukti mampu membentuk pelajar-pelajar kurang cemerlang di peringkat SPM meraih pendapatan lumayan sehingga ada yang mencecah RM24,000 sebulan.
Malah ada banyak bukti gaji pelajar lepasan bidang teknikal atau vokasio­nal mengatasi pelajar lulusan universiti.
Sumber : Kosmo!

Friday 19 August 2016

Program Latihan Kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia


PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA SESI KE-3/2016 dan SESI KE-4/2016
Kepada golongan muda berusia 15 - 21 yang tidak berminat di dalam bidang akademik di bangku sekolah, anda boleh menyertai PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA di PUSAT BERTAULIAH yang berdaftar di bawah JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ( JPK ) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.
PUSAT BERTAULIAH kami (Master Professional Skill Academy) yang akan mengadakan pengambilan terdekat adalah seperti berikut :-
■ AESTHETIC SERVICES (BIDANG KECANTIKAN)
■ HAIRDRESSING (DANDANAN RAMBUT)
■ OFFICE ADMINISTRATION (PENGURUSAN PEJABAT)
■ VTO (PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL)
Golongan belia yang berusia 15 - 21 tahun yang tidak berminat di dalam bidang akademik lagi disarankan untuk menyertai PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA bagi membina kerjaya seterusnya dapat menembusi pasaran kerja selepas tamat belajar.
SKM mempunyai beberapa tahap dan jangka masa tertentu dan NOSS pembelajarannya adalah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ) :-
*Pelajar SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA di bawah KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA akan di beri bantuan PINJAMAN kerajaan melalui PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ( PTPK ) termasuk DUIT SARA DIRI RM400 sepanjang pengajian.
**PINJAMAN PENUH DISEDIAKAN**
***ELAUN SARA HIDUP RM400.00 SEBULAN***
Hubungi Pegawai Kami
0167797296 | 0187887296 | 076636693
mps6693@gmail.com

Friday 22 July 2016

We are committed to gain your successful life .... IN VARIOUSLY WAYS !!

Pengambilan Pelatih Sesi 3 dan 4 Kini Di Buka


FREE Social Promotion

Pengetahuan, kemahiran perlu seiring mudahkan graduan dapat kerja

KOTA KINABALU: Pencapaian ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah perlu seiring bagi setiap pelajar dari institut pengajian awam mahupun swasta untuk memudahkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan selepas graduasi kelak.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Johnson Tee berkata, pada abad ke-21 ini, kebanyakan majikan memerlukan tenaga kerja yang bukan hanya memiliki ilmu pengetahuan tetapi perlu adanya kemahiran insaniah khususnya aspek kecekapan dan pengalaman kerja secara teknikal.
“Situasi tempat kerja  tidak lagi memerlukan individu yang hanya ‘working encylopedias’ tetapi majikan menginginkan individu yang mampu berdikari, berdaya saing, bijak mengawal serta mampu menyelesaikan emosi dan masalah secara berkesan.
“Di samping itu, tenaga kerja juga perlulah memiliki standard intgeriti yang tinggi dan beretika yang akan menghasilkan individu yang berpersonaliti baik untuk menyumbang ke arah pencapaian kecemerlangan hidup masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Seni Sabah (SIA) dan Inter-American Unvercity (IAU) 2016, di sini kelmarin.
Selain itu, Johnson juga mencadangkan graduan agar terus menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi lagi bagi memperoleh kemahiran baharu dan terus bersaing menjadi individu yang kompetitif walau di mana jua berada.
Katanya, gabungan kualiti ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dicapai oleh setiap individu turut menyumbang kepada nilai pembangunan negara yang akhirnya mampu membezakan antara negara masing-masing.
Justeru itu katanya, dalam memastikan hasrat itu tercapai, perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta tenaga pengajar yang berpengalaman amat berguna buat semua pelajar agar dapat menghasilkan aset yang berdaya saing sebagai peneraju pasaran.
“Usaha ini pasti akan menimbulkan banyak cabaran…Bagaimanapun, cabaran inilah yang akan menjadikan institusi pengajian itu lebih kuat dalam menghadapi dan meneroka peluang masa depan serta mengubahnya menjadi kelebihan masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Seni Sabah (SIA) Prof. Dato Dr. Wilson Yong Tung Yung berkata, SIA sentiasa berusaha menjadi insititut yang mampu mewujudkan persekitaran selesa dan sesuai untuk para pelajar di negeri ini.
Katanya, ibu bapa pelajar harus mengetahui bahawa prospek seni dan reka bentuk kini menjadi satu bidang yang  mempunyai permintaan tinggi dalam industri sama ada di luar mahupun dalam negara.
“Fahami bakat anak masing-masing, pupuk mereka mengikut bakat yang betul dan insitusi ini akan sedia menjadi tempat mereka menetapkan matlamat yang terbaik untuk masa depan mereka.
“Kita juga sentiasa berusaha mamastikan graduan yang dilahirkan benar-benar kompeten dan mampu menjadi produk terbaik di setiap industri bidang reka bentuk dan muzik,” katanya.
Terdahulu, seramai 35 graduan  SIA dan 10 graduan IAU berjaya menamatkan pengajian dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Sarjana Kedoktoran (Phd), kelmarin.
Antara program pengajian yang terlibat seperti Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman, Pengajian Muzik, Reka Bentuk Fesyen and Reka Bentuk Grafik.
Hadir sama, Naib Presiden Universiti Inter-American Rantau Asia Profesor Julie Theresa Rashid.

Sumber : The Borneo Post | July 18, 2016 | Monday

Wednesday 15 June 2016

PENGAMBILAN PELATIH BARU BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN B40 KINI DIBUKA.

PENGUMUMAN
PENGAMBILAN PELATIH BARU BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN B40 KINI DIBUKA.

** CHILDCARE ** JURUESTETIK ** MAKE-UP & BRIDAL **
** ACCOUNTING ** AUTOMOTIVE ** HEAVY VEHICLE REPAIR **
** AKUAKULTUR UDANG GALAH ** SPINY LOBSTER HATCHERY **


YURAN PENGAJIAN DITANGGUNG SEPENUHNYA !
ELAUN SARA HIDUP DISEDIAKAN BAGI YANG LAYAK !
DAFTAR SEKARANG !!! KUOTA ADALAH TERHAD !!!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut;
076636693 @ 0167797296 Mohd Noor Mohamad


Tuesday 7 June 2016

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

Salam Kemahiran

Tahukah anda.....

Sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan ratusan ribu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mula sibuk menetapkan hala tuju masing-masing dengan memilih destinasi pengajian mahupun kerjaya yang ingin diceburi selepas ini.
Majoriti pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM biasanya sudah memikirkan dan merancang hala tuju masing-masing semasa empat bulan menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan sebilangan besar pastinya memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Hampir 90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada faktor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.
Lantas 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

TENAGA KERJA

MPS Academy - sebuah penyedia pusat latihan yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (di bawah Kementerian Sumber Manusia) - menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan majikan-majikan sektor awam dan korporat bagi mendapatkan tenaga professional di dalam sektor perkhidmatan pejabat dan juga dalam bidang kecantikan.

Berpengalaman selama 14 tahun di dalam Institut pendidikan, MPS Academy membuka ruang kepada semua ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak lepasan SPM & STPM bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang kemahiran ataupun vokasional. Pastinya pembelajaran yang berbentuk praktikal memberikan nilai tambahan kepada pelajar yang tidak menggemari pembelajaran secara “teori” semata-mata disamping memberikan mereka kelebihan apabila bekerja kelak.
Bagi memastikan graduan yang tamat pengajian akan memperoleh pilihan kerjaya yang meluas dan terjamin, kami hanya menawarkan bidang-bidang pengajian yang mempunyai profesion kerjaya yang seiring dengan keperluan kerjaya pada masa kini seperti Pengurusan Pejabat, Perkhidmatan Estetik (Kecantikan), Dandanan Rambut dan juga Kursus Pegawai Latihan Vokasional. Bagi yang berminat dalam bidang pengurusan serta pentadbiran pejabat mereka boleh mengikuti bidang Pengurusan Pejabat yang membolehkan graduan mencipta karier sebagai seorang ketua kerani, pembantu tadbir, pegawai tadbir, pensyarah di dalam bidang Pengurusan Pejabat, pentadbir organisasi, koordinator serta penasihat organisasi. Menariknya persijilan yang diperolehi ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Pelajar boleh melanjutkan pengajian dalam bentuk tahap demi tahap daripada peringkat Sijil sehinggalah ke peringkat diploma.

Thursday 2 June 2016

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)


Anda TENAGA KERJA MAHIR?
Terfikirkah Anda Untuk Mendapatkan PENGIKTIRAFAN Terhadap KEMAHIRAN Yang Anda Milik? “PROGRAM SKM-PPT MEMBANTU ANDA MERIALISASIKAN IMPIAN ANDA”

TAHUKAH ANDA?
“Program Transformasi Ekonomi Negara (Etp) Di Bawah Rmk11 Mewajibkan Semua Tenaga Kerja Mahir Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

“SKM diiktiraf / setaraan dengan pendidikan akademi berkaitan kelayakan setiap tahap.” Sumber: Pembentangan Budget 2011/DasarKementerian Pendidikan Malaysia mengiktirafkan kelayakan pendidikan kemahiran

Kerajaan mensasarkan 60,000 orang Tenaga Kerja Mahir setahun untuk diiktiraf pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka yang diperoleh di tempat kerja dengan SKM melalui Program SKM-PPT”

APA ITU SKM-PPT?
SKM-PPT merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan Sijil/Diploma/Diploma Lanjutan kepada individu yang boleh membuktikan keterampilan berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.


untuk makluman lanjut, sila hubungi kami di talian 0167797296.

PERMINTAAN TINGGI TERHADAP KEMAHIRAN TEKNIKAL, VOKASIONAL PADA MASA DEPAN



KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kini telah tiba masanya rakyat Malaysia mengikis persepsi bahawa Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) hanya layak untuk golongan yang tidak cemerlang akademik. Jika tidak berbuat demikian, Malaysia mungkin perlu mendapatkan sumber pekerja berkelayakan dari negara-negara lain untuk mengisi beribu-ribu jawatan kosong yang bakal wujud dalam tempoh lima tahun akan datang ketika negara ini menuju ke arah mencapai status negara maju, kata penganalisis. Kira-kira 1.3 juta pekerjaan teknikal dan vokasional dijangka diwujudkan menjelang 2020, namun penganalisis menyatakan keraguan bahawa Malaysia mempunyai jumlah rakyat berkelayakan yang cukup bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut jika masih di tahap pemikiran masa kini.

Pengarah Urusan German-Malaysia Institute (GMI) Yusoff Md Sahir berkata sudah tiba masanya untuk rakyat menyedari akan potensi TVET, memandangkan skop pekerjaan dalam bidang teknikal dan vokasional adalah sangat luas. Kebanyakan daripada pekerjaan terbabit meliputi bidang perkhidmatan, pembuatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, pada awal bulan ini, menekankan agar lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti kursus TVET bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor berkaitan.

"Negara kita memerlukan khidmat mereka yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional ... (malangnya) ada stigma terhadap kursus-kursus teknikal, jadi pelajar kelihatan lebih cenderung untuk memilih bidang profesional," katanya. Berapa lamakah ibu bapa dan pelajar akan terus mengabaikan peluang-peluang kerjaya yang wujud dalam bidang TVET, yang sudah bertahun-tahun ditumpukan kepada golongan yang lemah pencapaian akademik di sekolah?

Memetik statistik daripada Institut Maklumat Pasaran Buruh dan Analisis (ILMIA), Yusoff berkata terdapat kira-kira 3.3 juta pekerja Malaysia yang berumur antara 15 dan 34 yang hanya memiliki kelayakan UPSR, PMR atau SPM. "Maka tidak dinafikan pendidikan dan latihan lanjutan bagi lepasan ini perlu diberi perhatian menerusi TVET mengikut keperluan pasaran kerja," katanya kepada Bernama.

Yusoff yang menegaskan bahawa program TVET perlu direka bagi memenuhi keperluan kedua-dua industri tempatan dan global serta permintaan terhadap kualiti dan tenaga kerja mahir seterusnya berkata bahawa di bawah Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP), dianggarkan 3.3 juta pekerja baharu diperlukan menjelang tahun 2020.

Daripada jumlah itu, 1.3 juta dijangka terdiri daripada pekerja TVET dalam 12 Bidang Utama Ekonomi Negara yang dikenal pasti di bawah ETP, menurut laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). "Secara amnya, tahap kesedaran masyarakat masih dalam tempoh peralihan (daripada bidang profesional) kepada bidang teknologi tinggi dan kemahiran tinggi.

"Bagaimanapun, apa yang penting adalah untuk memastikan pengalihan kepada teknologi dan kemahiran kepakaran itu dilaksanakan menerusi latihan tersusun atau kolaborasi pintar," kata Yusoff. Mengenai skala gaji pekerja dalam pelbagai industri dan sektor, kata beliau, ia tidak berubah dan tidak setimpal sejak tahun 1990-an, walaupun produktiviti negara meningkat sejak 1992.

"Sudah pasti, model 'low pay' dan 'high profit' sedia ada tidak sesuai bagi sebuah negara yang menuju ke arah mencapai status negara perindustrian di mana sumber manusia atau 'talent' menjadi penggerak. Ia sepatutnya 'high pay' dan 'greater profit'," tegas beliau.

Sementara itu, pensyarah kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata pendedahan awal mengenai bidang teknikal dan vokasional perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memastikan bidang tersebut menjadi pilihan utama.

Mengakui bidang profesional masih menjadi pilihan utama masyarakat, beliau menegaskan bahawa kerjaya melibatkan bidang teknikal dan vokasional turut menawarkan pendapatan lumayan.

"Saya melihat masyarakat luar bandar atau pinggir bandar masih belum cukup peka tentang bidang ini, jadi tidak wajar mereka dipersalahkan jika masih menganggap bidang profesional lebih baik bagi anak-anak mereka berbanding teknikal dan vokasional.

"Contohnya, mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas diberikan gaji yang cukup tinggi walaupun ia bukanlah satu kerjaya popular tetapi skop kerja sangat meluas," katanya.

Wan Marzuki berkata banyak peluang pendidikan dalam TVET ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini, sekali gus membuktikan ia amat diperlukan dalam pasaran kerja tempatan.

Justeru, semua pihak harus bekerjasama ini termasuk badan bukan kerajaan untuk mempromosikan bidang ini agar dan masyarakat tidak memandang rendah bidang berkenaan.

Mengulas kepentingan TVET, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Ahmad Saparudin Yusup berkata kerajaan hendaklah mempunyai perancangan jangka panjang untuk mencari solusi serta mengenal pasti tumpuan pelbagai industri penting dalam usaha membantu rakyat dan ekonomi negara.

"Mengimbas kembali, pada awal 1990-an pernah berlaku lambakan lulusan ICT sehingga menyebabkan ramai antara mereka sukar mencari pekerjaan kerana jumlah graduan dalam bidang itu melebihi permintaan majikan.

"Oleh itu, adalah lebih baik jika tawaran TVET dibuat berdasarkan keperluan semasa dan mengikut arus perkembangan ekonomi negara," katanya.

Ahmad Saparudin turut menasihatkan golongan belia agar sentiasa berfikiran terbuka dan bersikap rasional serta bersedia menerima perubahan baharu demi memajukan diri masing-masing.

"Jika tiada peluang di negara sendiri mengapa belia kita tidak mencuba nasib di negara orang? Timba pengalaman dan ilmu di sana (luar negara) kerana dengan cara itu mereka akan lebih matang, berdikari dan keluar daripada zon selesa," katanya.

Sumber : BERNAMA

Monday 4 April 2016

Bajet 2016 Jamin Peluang Pendidikan Tinggi, Latihan Kemahiran Kepada Golongan B40



Bajet 2016 yang akan dibentang 23 Okt 2015 akan terus menjamin peluang dan akses golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kepada pendidikan tinggi dan latihan kemahiran agar mereka memperoleh pekerjaan yang stabil dan lebih baik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata Bajet 2016 juga akan menyediakan rumah mampu milik, serta meningkatkan pendapatan, pemilikan kekayaan dan kualiti hidup isi rumah golongan tersebut.
“Bajet 2016 ini adalah penting kerana kedudukan ekonomi global semasa adalah amat mencabar. Tidak dapat dinafikan bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang kita lihat pada hari ini sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan ekonomi Malaysia dan menimbulkan kebimbangan lapisan masyarakat tertentu.
“Dalam konteks ini, golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah golongan yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup,” kata Najib menerusi catatan terbarunya di blog ‘NajibRazak.com’.
Namun begitu, katanya kerajaan perlu memastikan ekonomi modal bergiat cergas agar terus menjana ekonomi rakyat yang mana kecerdasan kedua-dua ekonomi ini perlu dipertingkatkan untuk membawa kedudukan negara selaras dengan negara-negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sementara itu, Najib berkata beliau akan mengemukakan idea yang diberikan rakyat melalui kempen #Bajet2016 kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian secara menyeluruh.
Katanya daripada cadangan melalui kempen yang berlangsung sejak 1 hingga 18 Sept lepas, didapati ramai yang meminta kerajaan membantu meringankan beban harian, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
“Selain itu, ramai juga yang menyuarakan pandangan mengenai harga kos rumah yang tinggi sehingga di luar kemampuan.
“Terdapat juga cadangan meminta kerajaan untuk bukan sahaja meningkatkan rangkaian pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang malah kerajaan disaran untuk melabur di dalam projek KTM atau LRT yang baru di pusat-pusat bandar di negeri-negeri lain,” kata Perdana Menteri.
Najib berkata dalam kaji selidik Bajet 2016 yang dijalankan melalui laman blognya itu mulai 18 Sept sehingga 1 Okt lepas, kos sara hidup, perumahan dan kehidupan di bandar, dan pendidikan merupakan tiga kategori paling penting yang dipilih rakyat dalam pelaksanaan Bajet 2016.
BERNAMA 

Thursday 31 March 2016

Tanpa Kelulusan PT3/PMR/SPM ...Anda Juga berpeluang Mendapat Diploma dan Jaminan Kerjaya


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

    Keputusan peperiksaan PT3 tahun lepas telah diumumkan... Beberapa peningkatan dari segi % pelajaran dapat dilihat.. .termasuk untuk matapelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris iaitu matematik dan Sains.

   Di dada-dada akhabar.. dipamerkan gambar2 keriangan wajah2 pelajar yang berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang.. ..8A..9A dlll pelajar-pelajar yang kurang cemerlang/gagal ...tiada gambar2 yang ditunjukkan...

  Nasihat ikhlas saya untuk ibubapa dan pelajar-pelajar yang gagal dalam PT3 ..janganlah merasa gusar dan bertindak seolah-olah..anda/;anak anda bakal tiada masa depan....
Sekiranya anda sememangnya tidak berminat dalam alam persekolahan berorientasikan akademik ini... pilihlah tempat-tempat belajar untuk bidang kemahiran. Yang disediakan oleh kerajaan pun banyak.... kursus otomotif, rekaan fesyen, rambut, masakan,perhotelan dll ..banyak sebenarnya peluang yang disediakan. Pilih aje pusat kemahiran kerajaan /swasta . Dan salah satunya antara Pusat Kemahiran Terbaik tentunya MPS Academy yang telah melahirkan pelajar yang berkemahiran dengan memiliki sijil yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Kerajaan....Kementerian Sumber Manusia..

Syarat dalam bidang kemahiran ini umumnya adalah minat, boleh membaca dan menulis.
Peringkat permulaan mereka layak memperolehi taraf Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM Tahap 1-3) . Dengan kelulusan tersebut mereka boleh memperolehi gaji bulanan tetap dan perniagaan sendiri yang memberi pulangan yang amat tinggi ... Ini bukan satu dongengan atau cakap2 kosong tapi kenyataan...yang ramai tak tahu..

Berikanlah peluang kedua untuk mereka-mereka yang lebih minat program kemahiran... mereka boleh membuka perniagaan sendiri, bekerja makan gaji atau yang seronoknya mereka juga boleh belajar hingga ke peringkat Diploma /Ijazah..walau tanpa PMR/ PT3,
Kementerian Sumber Manusia ada memberi peluang dan laluannya...

Buka-bukakanlah mata dan minda...

------------------------------------------------------------------------------------------------------


****************Daftar sekarang***************
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Persijilan Dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
1. Perkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013)
2. Perkhidmatan Terapi Estetik (MP-060-3:2013)
3. Dandanan Rambut (HT-090-2:2012 dan HT-090-3:2012)
4. Pengurusan Pejabat (FB-024-2:2013)
5. Pegawai Latihan Vokasional VTO (I-031-3:2014)
Jika anda berminat boleh
HUBUNGI
MINNA LIOW
0167226693
LUQMAN



0189472611

Wednesday 30 March 2016

TAWARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA 2015/2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Ahli FeMAC.
Untuk makluman ahli FeMAC, pihak FeMAC telah mendapat tawaran bagi menjalankan program Pengiktirafan Pencapaian Terdahlu (PPT) untuk Program Pembangunan Sosioekonomi khusus untuk Masyarakat India.
Kami memohon kepada semua ahli FeMAC yang ingin menghantar mana-mana calon yang berminat menyertai program, sila hantarkan maklumat calon kepada alamat email : operation@femac.org.my.
Syarat-syarat bagi menyertai program ini adalah :
  1. Calon mestilah berbangsa India
  2. Umur calon daripada 18 tahun hingga 40 tahun
  3. Warganegara Malaysia
  4. Mempunyai pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.
  5. Permohonan yang dipohon adalah merangkumi tajuk-tajuk didalam NOSS yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi pelaksanaan PPT.
  6. Program ini adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak SEDIC-Jabatan Perdana Menteri. 
  7. Tajaan pelaksanaan PROGRAM hanyalah tertakluk kepada satu tahap persijilan SKM sahaja. 
  8. Bagi calon yang layak untuk mengikuti program Single-Tier adalah dialu-alukan untuk memohon. 
  9. Calon adalah diwajibkan melengkapkan segala syarat- syarat program PPT dan memastikan mengikuti program PPT sehingga tamat.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-381 8855.
Terima Kasih.

Sumber:
http://femac.org.my/v2/?p=357

Monday 28 March 2016

Leadership Talk with YBhg. Dato’ CM Vignaesvaran, Chief Executive of PSMB

Come join us in this inspirational content rich Leadership Talk from YBhg. Dato’ Chief Executive of PSMB himself!
Meet YBhg. Dato’ Vignaesvaran, Chief Executive of PSMB in this HR Leadership Talk organised by Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) and supported by Iskandar Regional Development Authority (IRDA).
An inspiring leader he is, Dato’ Vicks will share his bold move of leadership towards up-skilling of the nations’ workforce via the 30 percent pool fund policy.



Agenda
9.00 am - 10.00 am
Arrival and Registration of Participants (Welcoming Tea & Networking)
10.00 am - 10.15 am
Arrival of Y.Bhg Dato’ CM Vignaesvaran A/L Jeyandran Chief Executive Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
10.15 am - 11.45 am
Session with Y.Bhg Dato’ CM Vignaesvaran A/L Jeyandran Chief Executive Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
Q & A Session
11.45 am - 12.30 pm
Refreshments
12.30 pm
End of Programme




For more info and enquiries, please call or email:
  • Mr. Khairizal at 03 2096 4604 / mohdkhairizal@hrdf.com.my
  • Mrs. Farah Amalina at 03 2096 4773 / farahamalina@hrdf.com.my
WHEN
WHERE
Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru - 88 Jalan Ibrahim Sultan Stulang Laut, Johor Bahru 80300, Malaysia - View Map

Friday 25 March 2016

ASEAN Skills Competition (ASC) 2016

ASCKL

Adalah dimaklumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan kemahiran peringkat ASEAN kali ke-11 – ASEAN Skills Competition (ASC) bagi tahun 2016 yang akan dianjurkan pada 19 hingga 29 September 2016 di MAEPS Serdang, Selangor. Tema ASC 2016 sempena pertandingan ini adalah “Skills For A Brighter Future”  . Sila layari www.wsasean.org untuk maklumat lanjut

Taklimat Penyampaian Maklumat Persediaan Kepada Individu / Wakil Syarikat Bagi Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Tahun 2016

Berikut merupakan makluman bagi Taklimat Penyampaian Maklumat Persediaan Kepada Individu / Wakil Syarikat Bagi Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)  Tahun 2016 yang akan dilakukan pada setiap hari Selasa, minggu pertama setiap bulan (tertakluk kepada pindaan). Maklumat lanjut sila muat turun seperti di bawah :
 
Permohonan boleh diemelkan menggunakan borang penyertaan kepada alamat emel di bawah;

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

En. Muhammad Nooradzam bin Adam (03-5543 8374, mnooradzam@ciast.gov.my)
En. Azhar bin Harun (03-5543 8341,  azhar.harun@ciast.gov.my)
sumber:
http://www.ciast.gov.my/v4/index.php/perkhidmatan/berita-semasa/228-taklimat-penyampaian-maklumat-persediaan-kepada-individu-wakil-syarikat-bagi-permohonan-sijil-kemahiran-malaysia-melalui-pengiktirafan-pencapaian-terdahulu-ppt-tahun-2016