ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Wednesday 15 June 2016

PENGAMBILAN PELATIH BARU BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN B40 KINI DIBUKA.

PENGUMUMAN
PENGAMBILAN PELATIH BARU BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN B40 KINI DIBUKA.

** CHILDCARE ** JURUESTETIK ** MAKE-UP & BRIDAL **
** ACCOUNTING ** AUTOMOTIVE ** HEAVY VEHICLE REPAIR **
** AKUAKULTUR UDANG GALAH ** SPINY LOBSTER HATCHERY **


YURAN PENGAJIAN DITANGGUNG SEPENUHNYA !
ELAUN SARA HIDUP DISEDIAKAN BAGI YANG LAYAK !
DAFTAR SEKARANG !!! KUOTA ADALAH TERHAD !!!
Hubungi kami untuk maklumat lanjut;
076636693 @ 0167797296 Mohd Noor Mohamad


Tuesday 7 June 2016

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

Salam Kemahiran

Tahukah anda.....

Sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan ratusan ribu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mula sibuk menetapkan hala tuju masing-masing dengan memilih destinasi pengajian mahupun kerjaya yang ingin diceburi selepas ini.
Majoriti pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM biasanya sudah memikirkan dan merancang hala tuju masing-masing semasa empat bulan menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan sebilangan besar pastinya memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Hampir 90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada faktor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.
Lantas 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

TENAGA KERJA

MPS Academy - sebuah penyedia pusat latihan yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (di bawah Kementerian Sumber Manusia) - menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan majikan-majikan sektor awam dan korporat bagi mendapatkan tenaga professional di dalam sektor perkhidmatan pejabat dan juga dalam bidang kecantikan.

Berpengalaman selama 14 tahun di dalam Institut pendidikan, MPS Academy membuka ruang kepada semua ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak lepasan SPM & STPM bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang kemahiran ataupun vokasional. Pastinya pembelajaran yang berbentuk praktikal memberikan nilai tambahan kepada pelajar yang tidak menggemari pembelajaran secara “teori” semata-mata disamping memberikan mereka kelebihan apabila bekerja kelak.
Bagi memastikan graduan yang tamat pengajian akan memperoleh pilihan kerjaya yang meluas dan terjamin, kami hanya menawarkan bidang-bidang pengajian yang mempunyai profesion kerjaya yang seiring dengan keperluan kerjaya pada masa kini seperti Pengurusan Pejabat, Perkhidmatan Estetik (Kecantikan), Dandanan Rambut dan juga Kursus Pegawai Latihan Vokasional. Bagi yang berminat dalam bidang pengurusan serta pentadbiran pejabat mereka boleh mengikuti bidang Pengurusan Pejabat yang membolehkan graduan mencipta karier sebagai seorang ketua kerani, pembantu tadbir, pegawai tadbir, pensyarah di dalam bidang Pengurusan Pejabat, pentadbir organisasi, koordinator serta penasihat organisasi. Menariknya persijilan yang diperolehi ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Pelajar boleh melanjutkan pengajian dalam bentuk tahap demi tahap daripada peringkat Sijil sehinggalah ke peringkat diploma.

Thursday 2 June 2016

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)


Anda TENAGA KERJA MAHIR?
Terfikirkah Anda Untuk Mendapatkan PENGIKTIRAFAN Terhadap KEMAHIRAN Yang Anda Milik? “PROGRAM SKM-PPT MEMBANTU ANDA MERIALISASIKAN IMPIAN ANDA”

TAHUKAH ANDA?
“Program Transformasi Ekonomi Negara (Etp) Di Bawah Rmk11 Mewajibkan Semua Tenaga Kerja Mahir Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

“SKM diiktiraf / setaraan dengan pendidikan akademi berkaitan kelayakan setiap tahap.” Sumber: Pembentangan Budget 2011/DasarKementerian Pendidikan Malaysia mengiktirafkan kelayakan pendidikan kemahiran

Kerajaan mensasarkan 60,000 orang Tenaga Kerja Mahir setahun untuk diiktiraf pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka yang diperoleh di tempat kerja dengan SKM melalui Program SKM-PPT”

APA ITU SKM-PPT?
SKM-PPT merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan Sijil/Diploma/Diploma Lanjutan kepada individu yang boleh membuktikan keterampilan berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.


untuk makluman lanjut, sila hubungi kami di talian 0167797296.

PERMINTAAN TINGGI TERHADAP KEMAHIRAN TEKNIKAL, VOKASIONAL PADA MASA DEPAN



KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kini telah tiba masanya rakyat Malaysia mengikis persepsi bahawa Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) hanya layak untuk golongan yang tidak cemerlang akademik. Jika tidak berbuat demikian, Malaysia mungkin perlu mendapatkan sumber pekerja berkelayakan dari negara-negara lain untuk mengisi beribu-ribu jawatan kosong yang bakal wujud dalam tempoh lima tahun akan datang ketika negara ini menuju ke arah mencapai status negara maju, kata penganalisis. Kira-kira 1.3 juta pekerjaan teknikal dan vokasional dijangka diwujudkan menjelang 2020, namun penganalisis menyatakan keraguan bahawa Malaysia mempunyai jumlah rakyat berkelayakan yang cukup bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut jika masih di tahap pemikiran masa kini.

Pengarah Urusan German-Malaysia Institute (GMI) Yusoff Md Sahir berkata sudah tiba masanya untuk rakyat menyedari akan potensi TVET, memandangkan skop pekerjaan dalam bidang teknikal dan vokasional adalah sangat luas. Kebanyakan daripada pekerjaan terbabit meliputi bidang perkhidmatan, pembuatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, pada awal bulan ini, menekankan agar lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti kursus TVET bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor berkaitan.

"Negara kita memerlukan khidmat mereka yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional ... (malangnya) ada stigma terhadap kursus-kursus teknikal, jadi pelajar kelihatan lebih cenderung untuk memilih bidang profesional," katanya. Berapa lamakah ibu bapa dan pelajar akan terus mengabaikan peluang-peluang kerjaya yang wujud dalam bidang TVET, yang sudah bertahun-tahun ditumpukan kepada golongan yang lemah pencapaian akademik di sekolah?

Memetik statistik daripada Institut Maklumat Pasaran Buruh dan Analisis (ILMIA), Yusoff berkata terdapat kira-kira 3.3 juta pekerja Malaysia yang berumur antara 15 dan 34 yang hanya memiliki kelayakan UPSR, PMR atau SPM. "Maka tidak dinafikan pendidikan dan latihan lanjutan bagi lepasan ini perlu diberi perhatian menerusi TVET mengikut keperluan pasaran kerja," katanya kepada Bernama.

Yusoff yang menegaskan bahawa program TVET perlu direka bagi memenuhi keperluan kedua-dua industri tempatan dan global serta permintaan terhadap kualiti dan tenaga kerja mahir seterusnya berkata bahawa di bawah Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP), dianggarkan 3.3 juta pekerja baharu diperlukan menjelang tahun 2020.

Daripada jumlah itu, 1.3 juta dijangka terdiri daripada pekerja TVET dalam 12 Bidang Utama Ekonomi Negara yang dikenal pasti di bawah ETP, menurut laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). "Secara amnya, tahap kesedaran masyarakat masih dalam tempoh peralihan (daripada bidang profesional) kepada bidang teknologi tinggi dan kemahiran tinggi.

"Bagaimanapun, apa yang penting adalah untuk memastikan pengalihan kepada teknologi dan kemahiran kepakaran itu dilaksanakan menerusi latihan tersusun atau kolaborasi pintar," kata Yusoff. Mengenai skala gaji pekerja dalam pelbagai industri dan sektor, kata beliau, ia tidak berubah dan tidak setimpal sejak tahun 1990-an, walaupun produktiviti negara meningkat sejak 1992.

"Sudah pasti, model 'low pay' dan 'high profit' sedia ada tidak sesuai bagi sebuah negara yang menuju ke arah mencapai status negara perindustrian di mana sumber manusia atau 'talent' menjadi penggerak. Ia sepatutnya 'high pay' dan 'greater profit'," tegas beliau.

Sementara itu, pensyarah kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata pendedahan awal mengenai bidang teknikal dan vokasional perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memastikan bidang tersebut menjadi pilihan utama.

Mengakui bidang profesional masih menjadi pilihan utama masyarakat, beliau menegaskan bahawa kerjaya melibatkan bidang teknikal dan vokasional turut menawarkan pendapatan lumayan.

"Saya melihat masyarakat luar bandar atau pinggir bandar masih belum cukup peka tentang bidang ini, jadi tidak wajar mereka dipersalahkan jika masih menganggap bidang profesional lebih baik bagi anak-anak mereka berbanding teknikal dan vokasional.

"Contohnya, mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas diberikan gaji yang cukup tinggi walaupun ia bukanlah satu kerjaya popular tetapi skop kerja sangat meluas," katanya.

Wan Marzuki berkata banyak peluang pendidikan dalam TVET ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini, sekali gus membuktikan ia amat diperlukan dalam pasaran kerja tempatan.

Justeru, semua pihak harus bekerjasama ini termasuk badan bukan kerajaan untuk mempromosikan bidang ini agar dan masyarakat tidak memandang rendah bidang berkenaan.

Mengulas kepentingan TVET, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Ahmad Saparudin Yusup berkata kerajaan hendaklah mempunyai perancangan jangka panjang untuk mencari solusi serta mengenal pasti tumpuan pelbagai industri penting dalam usaha membantu rakyat dan ekonomi negara.

"Mengimbas kembali, pada awal 1990-an pernah berlaku lambakan lulusan ICT sehingga menyebabkan ramai antara mereka sukar mencari pekerjaan kerana jumlah graduan dalam bidang itu melebihi permintaan majikan.

"Oleh itu, adalah lebih baik jika tawaran TVET dibuat berdasarkan keperluan semasa dan mengikut arus perkembangan ekonomi negara," katanya.

Ahmad Saparudin turut menasihatkan golongan belia agar sentiasa berfikiran terbuka dan bersikap rasional serta bersedia menerima perubahan baharu demi memajukan diri masing-masing.

"Jika tiada peluang di negara sendiri mengapa belia kita tidak mencuba nasib di negara orang? Timba pengalaman dan ilmu di sana (luar negara) kerana dengan cara itu mereka akan lebih matang, berdikari dan keluar daripada zon selesa," katanya.

Sumber : BERNAMA