ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Friday 27 November 2015

potong rambut sendiri

Bosan dengan pattern rambut sekarang?? Malas nak pergi ke salon??jangan risau,Jom tonton video ni

Tuesday 24 November 2015

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Siapa cakap orang yang ada Sijil Kemahiran Malaysia ni membazir. Tidak sama sekali. Janganlah pernah terpikir atau terdetik macam tu.Nak tau kenapa??? Sebab sijil SKM ni sangat membantu anda mencari pekerjaan dan juga sangat sangat membantu mereka yang akan atau sedang menjalankan perniagaan. Kalau tak percaya pergi tanya sendiri dekat salon,pusat andaman,bakeri dan lain-lain lagi. Bagi sesiapa yang ragu-ragu dan menginginkan maklumat lebih lanjut boleh lah klik disini.


MPS academy ada menyediakan pelbagai jurusan untuk anda.Jangan lepaskan peluang.

Hala tuju pelajar yang mengambil sijil kemahiran


Wanita dan Makeup

Semua orang suka akan kecantikkan. Tak kira lah kecantikan itu pada barang,pemandangan atau pun wajah. Bila kita sebut KECANTIKKAN jer mesti kita akan terbayang WANITA & MAKEUP. Disini saya tinggalkan satu video untuk tatapan bersama.Enjoy!!!sesiapa yang berminat dengan kursus kecantikkan,spa,hairdressing dan yang sewaktu dengannya boleh lah berhubung dengan kami disini.


Monday 23 November 2015

Tiada jalan shortcut untuk berjaya

Orang tua-tua selalu cakap, 'belajar pandai-pandai nanti dapat masuk universiti, senang dapat kerja,hidup senang dapat tolong mak ayah'. Betullah apa yang mereka cakap tu. Tapi malangnya tak semua dari kita ni yang di kurniaan kepandaian. Jadi kepada sesiapa yang dapat kurniaan itu,hargailah ia kerana ramai lagi yang menginginkannya. Kadang-kadang tu kita dah cuba berusaha sehabis baik,namun hasilnya masih tetap begitu. jangan pernah give up!!!!sebab tuhan tidak bagi apa yang kita mahu,tapi dia bagi apa yang kita perlu.

 Alternatif lain bagi mereka yang mempunyai masalah ini adalah dengan menceburi bidang kemahiran. Melalui kemahiran,kita bukan sahaja mudah mendapat pekerjaan namun boleh  juga memulakan perniagaan sendiri menggunakan bidang kemahiran yang diambil. Kebanyakan syarikat masa kini mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Jadi ini akan menjadi bonus kepada sesiapa yang mempunyai sijil kemahiran kerana sistem pembelajaran itu sendiri yang memberi 60% pratikal dan hanya 40% teori. MPS academy akan membantu anda untuk memantapkan lagi kemahiran dan seterusnya mendapatkan sijil kemahiran yang berkaitan.