ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.
Saturday, 5 December 2015
Friday, 4 December 2015
BERITA BAIK
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ((PTPK) bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) boleh lah membuat pendaftaran di mana-mana pusat bertauliah termasuklah MPS Academy. Untuk pengetahuan umum,tarikh penggunaan kuota bagi separuh tahun kedua akan dilanjutkan sehingga 15 Disember 2015. Jadi kepada sesiapa yang nak buat pinjaman tapi masih tak lepas, atau baru nak buat pinjaman tu...rebutlah lah peluang ini ya..
![]() |
| surat yang dukeluarkan oleh pihak PTPK |
Wednesday, 2 December 2015
Adakah Anda Seorang Pekerja Mahir Yang Diiktiraf ?
Jika anda memiliki
b) Pengalaman Hidup
- Pengalaman Kerja
- Pengalaman Hidup
- Latihan Vokasional
anda adalah seorang pekerja mahir. Tapi bagaimanakah untuk mengiktiraf pengalaman-pengalaman tersebut? Ok jom kita belajar sikit. Check it out guys !
Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Persijilan melalui PPT adalah merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon untuk mendapat pengiktirafan bagi keterampilan berdasarkan pencapaian terdahulu.
Objektif
Mengiktiraf keterampilan yang sedia ada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia - SKM Tahap 1, 2, & 3, Tahap 4 - (Diploma Kemahiran Malaysia), Tahap 5 - (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).
Kaedah
- Calon tidak perlu mengikuti latihan dan ujian khas.
- Calon hanya perlu memberi bukti keterampilan dalam bentuk dokumen untuk dinilai seperti surat daripada majikan atau sebarang bukti yang lain.
Kelebihan SKM
Kepada Individu:
- Dapat pengiktirafan
- SKM diperolehi dalam masa yang singkat
- Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
- Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
- Tidak perlu melalui latihan dan ujian
- Pembelajaran sepanjang hayat
Kepada Majikan:
- Pekerja bermotivasi tinggi yang dapat meningkatkan produktiviti kerja
- Pekerja berketerampilan yang dapat meningkatkan kualiti
- Pekerja yang terlatih dan berkelayakan yang dapat mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia
Siapakah yang Dimaksudkan Calon SKM-PPT ?
Sesiapa sahaja yang mempunyai salah satu keterampilan kemahiran berikut :
b) Pengalaman Hidup
c) Latihan Vokasional
Cara mendaftar SKM-PPT
- Melalui Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh JPK
- Melalui laman web www.dsd.gov.my
- Di semua pejabat JPK
- Isi dan poskan borang pendaftaran
VTO (Vocational Training Operation) / Operasi Latihan Vokasional (I-031-3:2014)* KOD TERBARU
Latar Belakang Kursus
Kursus ini
dikuatkuasakan oleh pihak JPK pada bulan Februari tahun 2005 dan diwajibkan
kepada semua Pegawai Penilai sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia dengan
tujuan untuk memastikan Pegawai Penilai kompeten dalam proses penyampaian
(methodology) latihan vokasional. Sebelum kod program baru ini, kod &
nama lama adalah I-031-3 (Pegawai Latihan Vokasional)
Objektif Kursus
- Melahirkan pengajar yang kompeten dan diiktiraf sebagai Operasi Latihan Vokasional (VTO I-031-3) bagi memenuhi keperluan Akta 652 (NASDA).
- Menggalakkan pengajar mengikuti
Pembelajaran Sepanjang Hayat.
- Melahirkan pengajar yang dapat
menyediakan latihan yang bersistematik
- Melahirkan pengajar yang
berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
- Melahirkan pengajar yang dapat
merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan di dalam
pendidikan kemahiran dan industri semasa.
Peluang Kerjaya
- Berpeluang menjadi tenaga pengajar
(TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
- Berpeluang menjadi Tenaga Pakar
dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
- Berpeluang membuka/ membangunkan
Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil Operasi
Latihan vokasional menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.
Kelayakan Untuk Mendaftar
- Memiliki persijilan SKM Tahap 2
dalam semua bidang yang diiktiraf oleh JPK
- Mendaftar sebagai calon PPT bagi
bidang yang diiktiraf oleh JPK
- Umur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Memiliki lain-lain kelayakan yang
diiktiraf oleh Ketua Pengarah JPK dengan 2 tahun pengalaman
Kursus Separuh
Masa
- Setiap Sabtu & Ahad
- Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang
- 3 bulan di Pusat Bertauliah MPS
Academy Sdn Bhd @ In-House
- 6 bulan internship di mana-mana
Pusat Bertauliah JPK pilihan calon
Modul Pembelajaran
- COCU 1: TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
- COCU 2: COMPETENCY CURRICULUM
DEVELOPMENT
- COCU 3: COMPETENCY ASSESSMENT
DEVELOPMENT
- COCU 4: TEACHING & LEARNING
MATERIALS DEVELOPMENT
- COCU 5: CO-CURICULUM ACTIVITIES
IMPLEMENTATION
- COCU 6: TRAINING FACILITIES SAFETY
& SECURITY ADMINISTRATION
- COCU 7: INSTRUCTIONAL DELIVERY
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di 016-7226693 ataupun email ke mps6693@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)



