ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Friday 25 March 2016

ANUGERAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA 2016


Mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.
Mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan secara "tripartisme" antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.
Pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran pekerjaan.
SYARAT PENYERTAAN
1.Anugerah Perdana Menteri Tokoh Kecemerlangan Sumber Manusia diberikan kepada individu yang berjaya sebagai usahawan
yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menyumbang kepada rakyat. Calon dan pemenang
akan dinilai oleh Kementerian Sumber Manusia.
2.Penyertaan bagi kategori Anugerah Majikan 1Malaysia (Perusahaan Kecil Sederhana) adalah terbuka kepada semua syarikat
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut definisi berikut :-
i.Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas
tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta.
ii.Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan teknologi maklumat & komunikasi
 dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta.
3.Anugerah yang dipertandingkan bagi kategori Anugerah Majikan 1Malaysia adalah terbuka kepada semua syarikat dalam
 kategori Syarikat Besar, GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).4.Penyertaan bagi Anugerah Majikan Berdaya Saing Glokal adalah terbuka kepada semua syarikat tempatan.
5.Penyertaan bagi Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Eksekutif, Bukan Eksekutif dan OKU) adalah dicalonkan olen majikan /
syarikat masing-masing.
6.Penyertaan dalam lebih dari satu anugerah adalah dibenarkan.
7.Semua penerima anugerah pada tahun 2013, 2014 dan 2015 yang dalam kategori yang sama adalah TIDAK LAYAK untuk
menyertai anugerah.
KRITERIA PENYERTAAN
ANUGERAH TOKOH PEKERJA (EKSEKUTIF, BUKAN EKSEKUTIF DAN OKU)
Anugerah ini diberikan kepada pekerja Kumpulan Eksekutif, Bukan Eksekutif dan OKU yang telah menunjukkan
prestasi perkhidmatan dan sumbangan ke arah kemajuan pencapaian matlamat syarikat, terlibat secara aktif
dalam bidang kebajikan, sosial atau sukan, mempunyai kepimpinan, kemahiran antara perseorangan
(inter-personal skills), ketrampilan, kemahiran komunikasi, kemahiran berbahasa, kemahiran perundingan
 (negotiation), berintegriti serta berinovasi dan kreatif.
ANUGERAH MAJIKAN 1MALAYSIA (SYARIKAT BESAR, SYARIKAT GLC DAN PKS)
Anugerah ini akan diberikan penekanan kepada usaha-usaha Majikan dalam memberikan tumpuan kepada
 usaha memupuk semangat perpaduan 1Malaysia , seperti mana yang diusahakan kerajaan agar keharmonian ,
happiness index meningkat dan keperihatinan kepada pekerja diutamakan serta mengutamakan kesihatan
dan kesejahteraan pekerja-pekerjanya.
ANUGERAH MAJIKAN BERDAYA SAING GLOKAL (TERBUKA)
Anugerah ini dikhususkan kepada syarikat yang bersaing di peringkat antarabangsa dengan mengekspot
 produk atau pekerja tempatan. Pengiktirafan perlu diberikan kepada syarikat sebegini agar lebih banyak
 syarikat yang bersaing di peringkat antarabangsa dan menaikkan imej Malaysia dengan produk dari Malaysia.
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)
Anugerah ini akan diberikan penekanan kepada usaha-usaha Kesatuan dalam menumpukan kepada
perhubungan harmoni dengan Majikan dan mengamalkan budaya perpaduan 1Malaysia.
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA HARMONI 1MALAYSIA (SEKTOR SWASTA)
Anugerah ini akan diberikan penekanan kepada usaha-usaha Kesatuan dalam menumpukan kepada
perhubungan harmoni dengan Majikan dan mengamalkan budaya perpaduan 1Malaysia.
ANUGERAH PERDANA MENTERI TOKOH KECEMERLANGAN SUMBER MANUSIA
Anugerah ini merupakan anugerah utama dan yang berprestij berbanding dengan anugerah-anugerah lain.
 Anugerah ini akan memberikan tumpuan kepada individu yang berjaya sebagai usahawan yang dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menyumbang kepada rakyat. Selain itu elemen
personal, sponsorship dan sumbangan (CSR) yang dilakukan secara berterusan kepada masyarakat,
orang miskin, sektor pendidikan, keagamaan dan lain-lain lagi juga akan dititik beratkan.

No comments:

Post a Comment