ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Friday 22 July 2016

We are committed to gain your successful life .... IN VARIOUSLY WAYS !!

Pengambilan Pelatih Sesi 3 dan 4 Kini Di Buka


FREE Social Promotion

Pengetahuan, kemahiran perlu seiring mudahkan graduan dapat kerja

KOTA KINABALU: Pencapaian ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah perlu seiring bagi setiap pelajar dari institut pengajian awam mahupun swasta untuk memudahkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan selepas graduasi kelak.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Johnson Tee berkata, pada abad ke-21 ini, kebanyakan majikan memerlukan tenaga kerja yang bukan hanya memiliki ilmu pengetahuan tetapi perlu adanya kemahiran insaniah khususnya aspek kecekapan dan pengalaman kerja secara teknikal.
“Situasi tempat kerja  tidak lagi memerlukan individu yang hanya ‘working encylopedias’ tetapi majikan menginginkan individu yang mampu berdikari, berdaya saing, bijak mengawal serta mampu menyelesaikan emosi dan masalah secara berkesan.
“Di samping itu, tenaga kerja juga perlulah memiliki standard intgeriti yang tinggi dan beretika yang akan menghasilkan individu yang berpersonaliti baik untuk menyumbang ke arah pencapaian kecemerlangan hidup masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Seni Sabah (SIA) dan Inter-American Unvercity (IAU) 2016, di sini kelmarin.
Selain itu, Johnson juga mencadangkan graduan agar terus menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi lagi bagi memperoleh kemahiran baharu dan terus bersaing menjadi individu yang kompetitif walau di mana jua berada.
Katanya, gabungan kualiti ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dicapai oleh setiap individu turut menyumbang kepada nilai pembangunan negara yang akhirnya mampu membezakan antara negara masing-masing.
Justeru itu katanya, dalam memastikan hasrat itu tercapai, perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta tenaga pengajar yang berpengalaman amat berguna buat semua pelajar agar dapat menghasilkan aset yang berdaya saing sebagai peneraju pasaran.
“Usaha ini pasti akan menimbulkan banyak cabaran…Bagaimanapun, cabaran inilah yang akan menjadikan institusi pengajian itu lebih kuat dalam menghadapi dan meneroka peluang masa depan serta mengubahnya menjadi kelebihan masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Seni Sabah (SIA) Prof. Dato Dr. Wilson Yong Tung Yung berkata, SIA sentiasa berusaha menjadi insititut yang mampu mewujudkan persekitaran selesa dan sesuai untuk para pelajar di negeri ini.
Katanya, ibu bapa pelajar harus mengetahui bahawa prospek seni dan reka bentuk kini menjadi satu bidang yang  mempunyai permintaan tinggi dalam industri sama ada di luar mahupun dalam negara.
“Fahami bakat anak masing-masing, pupuk mereka mengikut bakat yang betul dan insitusi ini akan sedia menjadi tempat mereka menetapkan matlamat yang terbaik untuk masa depan mereka.
“Kita juga sentiasa berusaha mamastikan graduan yang dilahirkan benar-benar kompeten dan mampu menjadi produk terbaik di setiap industri bidang reka bentuk dan muzik,” katanya.
Terdahulu, seramai 35 graduan  SIA dan 10 graduan IAU berjaya menamatkan pengajian dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Sarjana Kedoktoran (Phd), kelmarin.
Antara program pengajian yang terlibat seperti Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman, Pengajian Muzik, Reka Bentuk Fesyen and Reka Bentuk Grafik.
Hadir sama, Naib Presiden Universiti Inter-American Rantau Asia Profesor Julie Theresa Rashid.

Sumber : The Borneo Post | July 18, 2016 | Monday