ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Wednesday 2 December 2015

Adakah Anda Seorang Pekerja Mahir Yang Diiktiraf ?

Jika anda memiliki 
  • Pengalaman Kerja
  • Pengalaman Hidup
  • Latihan Vokasional
anda adalah seorang pekerja mahir. Tapi bagaimanakah untuk mengiktiraf pengalaman-pengalaman tersebut?  Ok jom kita belajar sikit. Check it out guys !

Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Persijilan melalui PPT adalah merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon untuk mendapat pengiktirafan bagi keterampilan berdasarkan pencapaian terdahulu.

Objektif

Mengiktiraf keterampilan yang sedia ada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia - SKM Tahap 1, 2, & 3, Tahap 4 - (Diploma Kemahiran Malaysia), Tahap 5 - (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).

Kaedah
  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan ujian khas.
  • Calon hanya perlu memberi bukti keterampilan dalam bentuk dokumen untuk dinilai seperti surat daripada majikan atau sebarang bukti yang lain.
Kelebihan SKM

Kepada Individu:
  1. Dapat pengiktirafan
  2. SKM diperolehi dalam masa yang singkat
  3. Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya
  4. Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  5. Tidak perlu melalui latihan dan ujian
  6. Pembelajaran sepanjang hayat
Kepada Majikan:
  1. Pekerja bermotivasi tinggi yang dapat meningkatkan produktiviti kerja
  2. Pekerja berketerampilan yang dapat meningkatkan kualiti
  3. Pekerja yang terlatih dan berkelayakan yang dapat mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia
Siapakah yang Dimaksudkan Calon SKM-PPT ?

Sesiapa sahaja yang mempunyai salah satu keterampilan kemahiran berikut :

a) Pengalaman Kerja



b) Pengalaman Hidup
c) Latihan Vokasional

Cara mendaftar SKM-PPT

No comments:

Post a Comment