ESTABLISHED IN 1988 IN THE NAME OF PUSAT PERSOLEKAN DAN KOSMETIK MAY MAY, ACCREDITATION BY THE DEPARTMENT OF SKILL DEVELOPMENT(JPK) DIRECTLY UNDER THE MINISTRY OF HUMAN RESOURCES TO BE AS ONE OF SKILLS PRIVATE TRAINING PROVIDER WELL KNOWN IN 2002 UNTIL NOW.

Tuesday 7 June 2016

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

Salam Kemahiran

Tahukah anda.....

Sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan ratusan ribu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mula sibuk menetapkan hala tuju masing-masing dengan memilih destinasi pengajian mahupun kerjaya yang ingin diceburi selepas ini.
Majoriti pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM biasanya sudah memikirkan dan merancang hala tuju masing-masing semasa empat bulan menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan sebilangan besar pastinya memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Hampir 90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada faktor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.
Lantas 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

TENAGA KERJA

MPS Academy - sebuah penyedia pusat latihan yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (di bawah Kementerian Sumber Manusia) - menyahut seruan kerajaan di dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi permintaan majikan-majikan sektor awam dan korporat bagi mendapatkan tenaga professional di dalam sektor perkhidmatan pejabat dan juga dalam bidang kecantikan.

Berpengalaman selama 14 tahun di dalam Institut pendidikan, MPS Academy membuka ruang kepada semua ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak lepasan SPM & STPM bagi melanjutkan pengajian di dalam bidang kemahiran ataupun vokasional. Pastinya pembelajaran yang berbentuk praktikal memberikan nilai tambahan kepada pelajar yang tidak menggemari pembelajaran secara “teori” semata-mata disamping memberikan mereka kelebihan apabila bekerja kelak.
Bagi memastikan graduan yang tamat pengajian akan memperoleh pilihan kerjaya yang meluas dan terjamin, kami hanya menawarkan bidang-bidang pengajian yang mempunyai profesion kerjaya yang seiring dengan keperluan kerjaya pada masa kini seperti Pengurusan Pejabat, Perkhidmatan Estetik (Kecantikan), Dandanan Rambut dan juga Kursus Pegawai Latihan Vokasional. Bagi yang berminat dalam bidang pengurusan serta pentadbiran pejabat mereka boleh mengikuti bidang Pengurusan Pejabat yang membolehkan graduan mencipta karier sebagai seorang ketua kerani, pembantu tadbir, pegawai tadbir, pensyarah di dalam bidang Pengurusan Pejabat, pentadbir organisasi, koordinator serta penasihat organisasi. Menariknya persijilan yang diperolehi ditauliahkan terus dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Pelajar boleh melanjutkan pengajian dalam bentuk tahap demi tahap daripada peringkat Sijil sehinggalah ke peringkat diploma.

No comments:

Post a Comment